Skip to content
Home » Advent: Musim Penantian

Advent: Musim Penantian

[vc_row][vc_column][vc_single_image image=”1055″ img_size=”large” alignment=”center” style=”vc_box_rounded” title=”Advent: Musim Penantian”][vc_column_text]Advent adalah “satu musim penantian yang berlangsung selama 4 minggu untuk mengingati orang-orang Kristian yang menantikan kedatangan Yesus Kristus dengan penuh harapan untuk. Advent diraikan oleh umat Kristian di seluruh dunia sebelum tibanya hari Krismas iaitu kelahiran Yesus Kristus. Nama Advent diambil daripada bahasa Latin iaitu ‘Adventus’ yang bermaksud kedatangan, dan ia mula disambut sejak abad keempat. Musim ini adalah musim yang terbaik untuk merenungkan kebaikan Tuhan dan mengajar anak-anak kita tentang kelahiran dara, kehidupan, kematian, dan kebangkitan Yesus. Diharapkan musim ini akan menarik hati kita untuk merenungkan karya agung Tuhan, dan bersedia untuk menyambut ke arah tahun pengharapan yang baru.

Tahun ini kita akan mula menyambut musim penantian pada 2 Disember 2018 sehingga malam sebelum Krismas, 24 Disember 2018.
[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][vc_text_separator title=”Kongsikan article ini bersama teman-teman!” i_icon_fontawesome=”fa fa-share-alt-square” i_color=”black” add_icon=”true”][Sassy_Social_Share][vc_empty_space][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][vc_column_text]

Aktiviti Advent

[/vc_column_text][vc_separator color=”black” border_width=”2″][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column width=”1/4″][vc_single_image image=”1052″ img_size=”medium”][/vc_column][vc_column width=”3/4″][vc_column_text]Kita menantikan Messiah! Nyalakan Lilin!

Seperti yang dinyatakan, Advent bermula pada minggu ini. Oleh itu, untuk sepanjang minggu ini, marilah kita meluangkan masa untuk melakukan pelbagai aktiviti bersama dengan keluarga kita. Pertama sekali, jelaskan maksud Advent kepada keluarga anda. Ini adalah supaya semua ahli keluarga kita mengetahui maksud musim penantian ini. Rancanglah masa yang sesuai untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang lain sama ada pada setiap hari ataupun seminggu sekali. Salah satu contoh aktiviti yang boleh dilakukan bersama keluarga adalah menyalakan lilin bersama-sama dengan semua ahli keluarga. Nyalakan lilin untuk mengingati penantian kedatangan Yesus sebagai Terang Dunia yang datang untuk menerangi dunia agar tidak binasa.[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][vc_text_separator title=”Cara-caranya seperti berikut” i_icon_fontawesome=”fa fa-list-ul” i_color=”juicy_pink” color=”black” add_icon=”true”][vc_column_text]

  • Sediakan beberapa batang lilin panjang dan buat tanda pada lilin dengan menulis nombor dari 1-25 dengan penanda kekal.
  • Nyalakan lilin itu pada setiap malam sambil anda membuka Firman Tuhan secara bersendirian atau dengan keluarga dan biarlah ia membakar satu takuk setiap malam.
  • Lakukan aktiviti ini bersama keluarga selama 24 hari, sehingga malam sebelum Krismas, 24th Disember 2018.
  • Selain merenungkan Firman Tuhan, bawa keluarga anda untuk berdoa, mengaku dosa, melakukan puji sembah, dan bersyukur kepada Tuhan.

[/vc_column_text][vc_separator color=”black”][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][vc_column_text]Mengapa kita harus menyambut musim penantian ini? Mungkin ada dalam kalangan kita yang tidak mengetahuinya bahkan tidak pernah mendengar tentang musim ini. Kerana kita umat yang percaya kepada Tuhan, kita seharusnya menyediakan diri kita namun ada harga yang kita perlu bayar iaitu masa kita, tenaga, pekerjaan dan segalanya untuk mempersiapkan hari kelahiran Tuhan Yesus. Ungkapkan kerinduanmu untuk menyambut Krismas tahun ini dengan doa, dan lakukan yang terbaik bagi-Nya. Apapun pelayanan yang kamu lakukan, lakukanlah dengan terbaik kerana Tuhan tidak melihat betapa beratnya tanggungjawab kamu, tetapi Tuhan melihat hati kamu.

Selain itu, anda juga boleh melakukan aktiviti bersama keluarga seperti menghias rumah, menyediakan biskut Krismas, menghias pokok Krismas dan sebagainya. Pastikan anda melakukan aktiviti ini bersama keluarga, pasti menyeronokkan.

Libatkanlah anak-anak anda agar mereka juga merasakan semangat Krismas dan pengalaman tersebut akan menjadi peringatan bagi mereka di masa hadapan. Rancang aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan dengan anak-anak seperti mendekorasi rumah, membuat kraf tangan Krismas, membuat kad ucapan Krismas, menonton wayang Krismas bersama dan sebagainya. [/vc_column_text][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][vc_separator color=”black” border_width=”3″][vc_column_text]

TUHAN berfirman, “Akan tiba masanya apabila Aku menepati janji-Ku kepada penduduk Israel dan Yehuda. Pada masa itu Aku akan memilih seorang yang adil daripada keturunan Daud untuk menjadi raja. Raja itu akan melakukan apa yang benar dan adil di seluruh negeri. Yeremia 33:14-15

[/vc_column_text][vc_separator color=”black” border_width=”3″][vc_column_text]Selamat menyambut minggu Advent![/vc_column_text][vc_column_text](Sumber idea diperoleh dari https://my.bible.com/ms/reading-plans/760-advent-christ-is-coming)

Ditulis oleh: Superbook Malaysia, Edisi November 2018[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][vc_cta h2=”Bagaimanakah keluarga anda menyambut advent pada tahun ini?” txt_align=”center” add_button=”bottom” btn_title=”Kongsikan dengan kami di Facebook!” btn_color=”blue” btn_size=”lg” btn_align=”center” btn_i_icon_fontawesome=”fa fa-facebook-official” btn_add_icon=”true” btn_link=”url:https%3A%2F%2Fwww.facebook.com%2Fsuperbookmalaysia%20_blank|||”][/vc_cta][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][vc_text_separator title=”Kongsikan article ini bersama teman-teman!” i_icon_fontawesome=”fa fa-share-alt-square” i_color=”black” add_icon=”true”][Sassy_Social_Share][/vc_column][/vc_row]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

en_USEnglish