Skip to content
Home » Sejarah Penubuhan Sekolah Minggu (Sunday School)

Sejarah Penubuhan Sekolah Minggu (Sunday School)

[vc_row][vc_column width=”2/3″][vc_column_text]

Gambar: Marion Doss/Flikr

Sejarah Penubuhan Sekolah Minggu (Sunday School)

[/vc_column_text][vc_column_text]

Oktober 2018

Sekolah minggu merupakan kegiatan bersekolah yang diadakan pada setiap hari minggu di gereja ditujukan khas untuk anak-anak dalam lingkungan umur 2-12 tahun. Tujuan penubuhan sekolah minggu adalah untuk menjadikan anak-anak berakhlak mulia (moral yang baik) sesuai dengan ajaran Kristus (Alkitab).

Namun pernah ka anda terfikir bagaimana penubuhan awal sekolah minggu? Siapa yang mengasaskannya, Bila dan di mana? Hari ini team Superbook Malaysia akan menulis mengenai sejarah penubuhan sekolah minggu dan membawa anda mengenali seorang peribadi tokoh Kristian yang menjadi pengasas kepada gerakan penubuhan sekolah minggu.

Gerakan penubuhan sekolah minggu telah diasaskan pada tahun 1780 oleh seorang peribadi yang bernama Robert Raikes (1725-1811), beliau juga dikenali sebagai Bapa sekolah minggu. Pada awal penubuhan sekolah minggu, ia merupakan sebuah sekolah sederhana untuk anak-anak yang miskin belajar membaca sehinga mereka mengerti apa yang tertulis didalam Alkitab. Pelajaran tersebut juga termasuk menghafal ayat-ayat tertentu dan lagu-lagu rohani. Robert Raikes merupakan seorang wartawan dan beliau aktif dalam pelayanan di penjara, melayani banduan-banduan penjara yang sedang sakit tenat dan yang menungguh giliran untuk menghadapi hukuman mati. Robert Raikes adalah seorang pemimpin dari gereja Anglican Evangelical Church. Beliau banyak menyelamatkan jiwa-jiwa yang belum mengenal Tuhan ketika dalam pelayanannya. Melihat keadaan tersebut, beliau sedar bahawa perlunya satu tindakan effektif dilaksanakan bagi membendung kegiatan jenayah yang semakin berleluasan. Salah satu usahanya adalah melalui pendekatan agama, dengan menyebarkan ajaran Kristian kepada mereka yang belum mengenal Tuhan.

Kemerosotan ekonomi yang berlaku di Eropah pada abad ke-18 telah menyebabkan ramai anak-anak muda bekerja di kilang sebagai buruh kasar dan menghabiskan masa sekurang-kurangnya 12 jam waktu bekerja setiap hari. Keadaan tersebut bertambah parah, apabila mereka terpaksa bekerja pada hari sabtu, dan hanya akan bercuti pada hari ahad. Melihat keadaan anak-anak muda tersebut yang tidak bersekolah, kotor dan berkelakuan yang tidak baik Raikes sedar bahawa perlunya perubahan dilakukan agar anak-anak hidup dalam keadaan yang baik, bermoral, dan tidak dibebani dengan pekerjaan di usia muda sebaliknya menuntut ilmu bagi masa depan mereka. Robert Raikes telah memulahkan gerakan tersebut, dengan membawa anak-anak yang miskin untuk belajar di dapur kecil miliknya, dan kelas beliau tersebut dibuka pada setiap hari minggu. Anak-anak tersebut diajarkan mengenai nilai-nilai kesopanan, kebersihan, membaca, menulis, dan sebagainya. Alkitab merupakan bahan utama yang digunakan untuk membaca dan belajar mengenai kebenaran firman Tuhan.

Pada awalnya, penubuhan sekolah minggu mendapat tentangan dari pihak gereja, dan ketika itu sekolah minggu juga diadakan di bangunan yang berjauhan dari gereja dan ada juga gereja yang menolak gerakan ini, mungkin disebabkan oleh faktor perbezaan status dan darjat kerana ketika itu kelas sekolah minggu adalah terdiri daripada golongan yang miskin, kasar dan buta huruf. Namun tujuan utama Robert Raikes, adalah untuk memastikan golongan miskin ini mendapat pendidikan percuma dan mengenal Tuhan agar generasi muda itu mengalami perubahan meninggalkan cara hidup yang lama dan hidup sesuai dengan kehendak Tuhan. Ternyata usaha Raikes tidak sia-sia apabila kelakuan anak-anak tersebut semakin bertambah baik kerana beliau menekankan pelajaran moral berdasarkan Alkitab, malahan kadar jenayah turut menurun secara drastik di seluruh British melalui pendekatan agama yang diperkenalkannya.

Terdapat pelbagai usaha yang dilakukan untuk memperkenalkan gerakan tersebut kepada umum antaranya dengan memaparkan di surat khabar dan menulis surat kepada gereja-gereja di sekitar. Walaupun mendapat tentangan hebat khususnya dari pengusaha kilang, kerana mereka takut buruh-buruh mereka akan pergi dan tidak akan bekerja lagi. Golongan tersebut juga berusaha menjatuhkan Raikes dengan mencari kesalahan menuduhnya orang bukan saleh kerana bekerja di hari Sabat. Namun tindakan tersebut tidak menjatuhkan semangatnya untuk mengembangkan sekolah minggu. Akhirnya setelah mendapat persetujauan gereja, sekolah minggu yang pertama diadakan di gereja “Saint Mary de Crypt” di Southgate Street Gloucester England.

Melihat keberkesanan gerakan tersebut, gereja kemudiannya mengambil model pelayanan tersebut dengan menerapkan pembelajaran sekolah minggu di gereja. Dalam masa empat tahun, sekolah tersebut mulai berkembang sehingga ke kota-kota yang lain. Jumlah anak-anak sekolah minggu turut meningkat dan mencapai jumlah 250,000 anak sekolah minggu di seluruh British. Dan ketika Robert Raikes meninggal dunia pada tahun 1811 jumlah anak yang hadir di Sekolah Minggu di seluruh British mencapai lebih dari 400,000 orang. Gerakan penubuhan sekolah minggu di British ini akhirnya menjadi perintis kepada penubuhan sekolah minggu di berbagai tempat di dunia, termasuk negara-negara Eropa lainnya Amerika, England, Asia dan serata dunia.

Perkembangan Sekolah Minggu kemudian menjadi lebih pesat dengan adanya sokongan dari Lembaga Pendidikan Kristiani Dunia (The World Council of Christian Education), sebuah institusi internasional yang didirikan pada tahun 1947. Institusi ini juga yang menyediakan latihan kepada guru-guru sekolah minggu serta kurikulum pengajaran Sekolah Minggu.

Sehingga hari ini sekolah minggu sudah dipraktiskan hampir di seluruh dunia, termasuk juga negara kita Malaysia. Mengajar dan mendidik anak-anak kecil juga adalah perintah Tuhan, seperti yang dikatakan oleh Tuhan dalam Amsal 22:6 Didiklah orang muda menurut jalan yang patut baginya, maka pada masa tuanyapun ia tidak akan menyimpang dari pada jalan itu. Tuhan memberkati. Sekecil mana pun tugas anda dalam pelayanan sekolah minggu, lakukan la yang terbaik seperti bukan untuk manusia melainkan untuk Tuhan, kerana upahmu besar di syurga. Tuhan memberkati.

Rujukan:

  1. www.christianitytoday.com/history/2008/august/when-did-sunday-schools-start.html
  2. artikel.sabda.org/sejarah_sekolah_minggu
  3. id.wikipedia.org/wiki/Sekolah_Minggu

Ditulis oleh: Superbook Malaysia[/vc_column_text][/vc_column][vc_column width=”1/3″][vc_wp_posts number=”3″][Sassy_Social_Share][/vc_column][/vc_row]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

en_USEnglish